Tuesday, September 16, 2008

kasut raya


16.9.2008 - hari ni umi baru balik dari putrajaya, so lepas habis meeting pukul 10.15 pagi..terus pi klia ingat boleh dapat flight awal...rupa-rupanya bukan sahaja takde flight awal, flight umi yg pukul 1.55 pun ditunda ke 2.55...punyalah panas hati tunggu kat klia tu dari pukul 11..so bila dah landed, baru teringat yang umi tak beli lagi kasut raya hanis....so terus ajak pak abu pi singgah kat Queensbay Mall..sebenarnya nak ubat hati yang panas dan lara kena tunggu lama kat airport...so bila pi survey..kasut ni jugaklah yang berkenan di hati..ala-ala mary jane gitu..oh ye abah...semalam kak yung ada bagi present kasut burberry ...warna merah lagi...so sama ngan kasut hanis....so untuk abah yang berada di kelantan, nilah kasut raya hanis...........taraaaaaaaaa
i love u, puteri menyentuh jiwa

Saturday, September 13, 2008

4WD




9.7.2008 - pon!pon!...yey yey...abah belikan hanis kereta ...wow ..4wD lagi...saja abah belikan bagi hanis main memandangkan dah lama (ke tak pernah) abah tak belikan toys untuk hanis...so bila dapat car tu..punya girang muka anak manja umi sorang ni..wah bukan main bergaya lagi dengan new car ni..

i love u, comel-comel

poney2




6.9.2008 - dulukan masa hanis main benda macam ni mesti nangis..agaknya takut..kalau naik pun mesti umi or abah yang akan pegang sebab hanis tak berani/suka naik...tadi masa singgap pi kedai umi nampak poney ni and nak try lagi..kot2 hanis suka...sangkaam umi tepat sebab hanis dah suka main and yet sedikir rintihan bila nak ajak balik..ohhh sudah berani yer tomei...umi yang tak sampai hati terus masukkan 50 sen lagi untuk hanis naik doraemon pulak...happy sgt tengok hanis happy...

i love u, poney-poney

Wednesday, September 10, 2008

Resepi 3


nampak gayaanya umi akan kerap menghantar entry berkaitan resepi ni..takpelah sementara bulan puasa ni ..mungkin resepi umi ni boleh beri manfaat pada orang lain. so menu berbuka kali ini ialah sup fishball, sambal garing ikan bilis+kacang , sayur petola, ikan kerisi goreng n kuih cucur keria


a) Sambal Garing Ikan Bilik+Kacang

Bahan
ikan bilis dan kacang tanah
bahan penumis - bawang merah, cili kering
bahan perasa - asam keping, garam,gula

Cara

goreng ikan bilis n kacang tanah..asingkan..masukkan bawang dlm minyak yang panas sampai naik bau..then masukkan cili kisar..time ni kena jaga...gunakan api perlahan aja biar cili tu masak betul...masukkan bahan perasa kecuali gula..bila cili dah masak barulah diletakkan ikan bilis n kacang tadi..then letak gula...goreng sampai kering...sambal ni kalau lagi kering tahan lagi lama...lagi sedap.


b) Cucuk Keria
Bahan
keledek ..utk resepi ni umi pakai keledek merah
tepung
gula

Cara
rebus keledek tu sampai lembik...then toskan terus dilenyek...letak tepung secukupnya untuk mudah nak bentukkan...bila dah sebati tepung ngan keledek...bentuklah menjadi gelang...bila dah siap gorengkan keledek tadi...untuk buat gulanya...masukkan sedikit air dan gula ..biarkan ianya likat ..then masukkan keledek yang digoreng tadi...tutp api dan gaulakn sampai dia jadi bersarang n melekat kat keledek tadi...rasanya very the marvellous

Tuesday, September 9, 2008

Resepi 2


8.9.2008- hari ni berbuka tanpa abah...sebab abah dah ekna balik kelantan..so masakan berbuka puasa kali ni agak simple ajalah..ingat nak buat cucuk keria tapi bila terpandang roti gardenia tu dah nak expired..maka buat roti telur ajalah...puasa tak baik membazir. so resepi hari ini ialah masak lala thai style, terung berlado, ikan bawal goreng n roti telur


a) Lala Thai Style

bahan-bahan

Lala or org kedah panggil retak seribu
bahan penumis - bawang merah,putih,cili merah, cili api
bahan perasa - sos cili, sos tiram, garam, asam keping
dua batang serai diketuk

cara-cara

tumis bahan penumis sampai naik wangi...bersama serai yg telah diketuk..bila dah wangi masukkan bahan perasa..bila tengok sos dah pekat masukkan lala...dalam 3-4 minit boleh dihidang...


b) Terung Berlado
bahan-bahan

terung panjang di potong panjang2
bahan penumis - cili padi, cili merah, bawang merah, belacan
bahan perasa - garam, asam keping

cara-cara

terung yang dipotong tadi digoreng terlebih dahulu...bila siap asingkan..masukkan bahan penumis dalam minyak...then letak bahan perasa..masa ni aromanya cukup menawan kalbu...bila rempah dia ni dah sebati ...tutup api...then letak di atas terung tadi


p/s. resepi ni kegemaran mr mokhtar..miss u la abang

Monday, September 8, 2008

hanis bersahur


5.9.2008 - hari ni umat islam akan berpuasa untuk hari kelima..so biasalah umi akan bangun pukul 4.45 am untuk panaskan lauk n buat air untuk bersahur...dalam pukul 4.30 am hanis dah nangis nak susu...so bila semuanya bersahur...pun join sekali..tapi pandai pulaktu tak lalu makan...bagi apapun tak mahu...mungkin tak biasa makan pagi...lepas sahur umi ngan abah sambung tidur while hanis terus tak tido sebab main ngan abg2... dah pukul 6.30 baru masuk bilik sebab ngantuk..n bangun semula pukul 9.00 pagi...dan lepas tu terus makan walaupun bersahur pagi tadi

i love u, kitty winky

anak manja




hanis ni kalau ngan abah tersangatlah manja yang terlampau...terutama kalau balik kerja..mesti ajak naik motor punya..dapat 2 round oklah..puaslah hati..tapi kalau nak tido mesti cari umi punya...currently, hanis sgtla sensitif..kalau panggil nama kuat sikit pun akan tersebik...agaknya hanis terasa orang marah kot...macam mana ni belum marah lagi dah nangis...pic kat atas abah tengah layan hanis masa nak berbuka puasa..orang berbuka dia yang sibuk pergi kat kerusi untuk duduk..bukan makan pun ..dapat minum jer dah cukup..

i love u, manja

Sunday, September 7, 2008

Resepi 1


hari ni umi nak share beberapa resepi untuk berbuka puasa yang cepat dimasak, healthy n sedap..untuk makluman tahun ni umi bercadang tak nak langsung singgah kat Pasar Ramadhan..nak try masak sendiri within masa yang terhad...saja nak test time management..resepi kali ini ialah Kari Udang, Egg Toufu With Light Soy n Pizza Maggi (ni untuk appertizer)...


Kari Udang

Bahan-bahan

1. udang sederhana besar (buang kepala sahaja)
2. kacang buncis - dibelah dua
3. rempah kari satu peket kecil
4. bahan tumis - bawang merah dan putih serta halia
5. bahan perasa - garam, asam keping, sedikit kunyit

Cara

tumis bahan penumis sampai garing then masukkan rempah...pastikan rempah itu betul2 masak then barulah dimasukkan udang...letakkan air dan asam keping, garam dan kunyit...lepas tgk udang dah nak masak...letak kacang buncis...siap

p/s : resepi ini tidak memerlukan santan..amat menyihatkan


Egg Toufu With Light Soy

Bahan-bahan

1. Toufu Jepun - 3 peket
2. Light Soy (kicap cair)
3. Sos Tiram
4. 1 biji Telur
5. Sedikit Air Tepung Jagung
4. Bahan Penumis - Bawang Merah dan Putih

Cara-cara

Potong toufu jepun tu dan goreng dengan minyak..bila dan siap..asingkan then tumis bahan penumis...bila dah naik bau masukkan sedikit air, sos tiram dan kicap cair..bila dah mendidih..masukkan telur kacau...biar telur tu hancur...then masukkan sedikit air tepung jaging untuk pekatkan kuah..siap

p/s- resepi ni tak perlu letak garam kerana light soy tu dah cukup..abg long cukup suka resepi ni..asyik tanya je bila umi nak buat lagi..


Pizza Maggi

Bahan-bahan

1. 2 peket maggi (tek kisah apa perasa)
2. bahan letak atas pizza - button mushroom, sosej (potong slices)..apa-apa je boleh letak
3. 2 biji telur
4. 1/2 bawang merah dan sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

celur maggi sampai masak..then toskan...masukkan perencah maggi, bawang, daun bawang n daun sup, sosej n button mushroom dalam bekas dan digaul...masukkan maggi yang dicelur kemudian masukkan telur...bila nak goreng, letakkan minyak sedikit shj (mcm nak goreng telur dadar)...then letakkan maggi tadi besar mcm pizza...bila dah masak boleh potong style pizza...sedap dimakan dengan sos cili....enjoy

sayang umi


4.9.2008 - hari tu auntie ngoh bagi tahu...blog ni nampak muka hanis aja..bila check memang betul...gambar hanis jer yang monopoli ( wpun diary ni dibuat khas untuk hanis)..so this time umi nak enterframe sikit..sorry ngoh...gambar ni diambil lepas masak untuk berbuka...so muka memang serabai sikitlah...bapokla letihnya lepas balik kerja terus masak..nantikan resepi-resepi enak dan berkhasiat dari dapur mrs mokhtar for the next entry...

i love u, sayang

Thursday, September 4, 2008

penang II









30.8.2008 - masih lagi berkisar di Gurney Plaza..hanis tiba2 asyik menangis aja..iayalah waktu tido dia..so memang meragamlah dia..nak shopping pun tak tenang..last-last abah ajak masuk popular bookstore pilih buku...besar betul popular kat GP ni..so masa pilih buku2 yang berkenan, si kenit ni pun leka juga memilih buku...sampai terduduk..leka dia membelek buku tu..maybe colourful agaknya...so memandangkan umi baru aja beli buku kat hanis, this time umi pilih flashcard pulak untuk hanis..so dari sinar matamu yang jernih sayang...nampak u loike it... n for abg long n abg ngah, abah belikan exercise book lagi...masaklah membuat latihan
i love u, moshi-moshi

Wednesday, September 3, 2008

penang


30.8.2008 - hari ni abah plan nak pergi Penang...saja je bawa jalan..ingat nak tido kat sana hari jumaat tapi memandangkan ada hal tak jadi ..so pergi hari ajalah jawabnya...cadangnya nak pergi Gurney Plaza ..tak shopping apapun ..pi jalan-jalan dan makan-makan..masa balik jalan punyalah jam..dekat pukul 5 baru sampai rumah..bila dah sampai biasalah semuanya kelaparan lagi...memandangkan takde bahan nak masak..umi buat nasi goreng jagung...bapok sedap..nanti umi ingat nak buat entry 'dari dapur mrs mokhtar' untuk berkongsi resepi..

i love u, manja

Tuesday, September 2, 2008

mana hanis


29.8.2008 - tiba-tiba umi ada terbau sesuatu yang kurang enak...setelah diteliti confirmed bau itu datangnya dari tot adik hanis..pehhh baunya begitu mengasyikkan...so lepas bibik basuh..

umi : bik hanis mana
bibik : sudah keluar dari bilik, mem
umi : tak nampak pun dia

dengan nada cemas umi pun lekas2 tengok kat semua bilik...tak ada...umi makin cuak...checked lagi semua bilik...pun tak ada...

umi : abg long cari adik cepat..umi tak nampak dia
abg ngah : adik hilang ke umi
abg long : adik,adik...kenitan, kenitan
bibik : naj..naj...najla

then, umi cari kat belakang dapur (selalunya pintu ni aja yang dibuka), tak jumpa juga...eih pergi mana si kecik ni...bila tengok pintu depan ...terbuka (makin suspen)...bila tengok...nampak hanis kat belakang kereta....fuhhh..lega nasib baik gate depan tu terkunci...syukur jumpa si kecik tu...

i love u, kenitan

p/s : entry kali ni sengaja dibuat dalam bentuk cerita sebab aunty ngoh rajin juga membaca blog umi ni.

Monday, September 1, 2008

nursery rhymes











27.8.2008 - balik dari office umi decided nak beli buku baru kat hanis..dah lama umi tak beli buku baru...so bila singgah popular..umi ambil 'nursery ryhmes' sebab colourful sangat..so betulla...hanis suka sangat buku baru tu..malam tu abah arah semua anak2nya untuk membaca buku...and hanis tak terkecuali..memang hanis membaca bukan sahaja buku hanis tapi buku abg long sekali..yang dua2 abg tu tengok tv...hehehe

i love u, tomei-tomei

red pyjamas


25.8.2008 - umi ada program kat Padang Besar, Perlis...so lepas pergi program tersebut, umi pun ajak pi singgah gerai kat Padang Besar tu..lucky tak ramai orang hari tu....ada juga baju yang cantik2...tapi bila tengok harga sehelai RM20-RM30...mengalahkan beli kat mall lagi...so tak jadi beli..bila otw nak balik, umi nampak red pyjamas yang sangat menarik perhatian umi...harganya RM15...tapi good quality la...mesti hanis nampak very the gorgeous ngan pyjamas tu...n as expected kecomelan anak dara umi begitu terserlah dengan pyjamas hanis ini walaupun muka tu baru sahaja bangun tido...