Sunday, September 7, 2008

Resepi 1


hari ni umi nak share beberapa resepi untuk berbuka puasa yang cepat dimasak, healthy n sedap..untuk makluman tahun ni umi bercadang tak nak langsung singgah kat Pasar Ramadhan..nak try masak sendiri within masa yang terhad...saja nak test time management..resepi kali ini ialah Kari Udang, Egg Toufu With Light Soy n Pizza Maggi (ni untuk appertizer)...


Kari Udang

Bahan-bahan

1. udang sederhana besar (buang kepala sahaja)
2. kacang buncis - dibelah dua
3. rempah kari satu peket kecil
4. bahan tumis - bawang merah dan putih serta halia
5. bahan perasa - garam, asam keping, sedikit kunyit

Cara

tumis bahan penumis sampai garing then masukkan rempah...pastikan rempah itu betul2 masak then barulah dimasukkan udang...letakkan air dan asam keping, garam dan kunyit...lepas tgk udang dah nak masak...letak kacang buncis...siap

p/s : resepi ini tidak memerlukan santan..amat menyihatkan


Egg Toufu With Light Soy

Bahan-bahan

1. Toufu Jepun - 3 peket
2. Light Soy (kicap cair)
3. Sos Tiram
4. 1 biji Telur
5. Sedikit Air Tepung Jagung
4. Bahan Penumis - Bawang Merah dan Putih

Cara-cara

Potong toufu jepun tu dan goreng dengan minyak..bila dan siap..asingkan then tumis bahan penumis...bila dah naik bau masukkan sedikit air, sos tiram dan kicap cair..bila dah mendidih..masukkan telur kacau...biar telur tu hancur...then masukkan sedikit air tepung jaging untuk pekatkan kuah..siap

p/s- resepi ni tak perlu letak garam kerana light soy tu dah cukup..abg long cukup suka resepi ni..asyik tanya je bila umi nak buat lagi..


Pizza Maggi

Bahan-bahan

1. 2 peket maggi (tek kisah apa perasa)
2. bahan letak atas pizza - button mushroom, sosej (potong slices)..apa-apa je boleh letak
3. 2 biji telur
4. 1/2 bawang merah dan sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

celur maggi sampai masak..then toskan...masukkan perencah maggi, bawang, daun bawang n daun sup, sosej n button mushroom dalam bekas dan digaul...masukkan maggi yang dicelur kemudian masukkan telur...bila nak goreng, letakkan minyak sedikit shj (mcm nak goreng telur dadar)...then letakkan maggi tadi besar mcm pizza...bila dah masak boleh potong style pizza...sedap dimakan dengan sos cili....enjoy

No comments: